
2 Fungsi penting ESP shaklee
Ramai yang tanya
“apa fungsi ESP Shaklee” ni?
“Penting ke minum ni?”
“Tak bahaya ke?”
“Apa kelebihan ESP shaklee ni?”
Fungsi ESP ni sangat banyak, cuma saya ceritakan 2 dulu dalam entry ni.
ESP SHAKLEE
Minuman Energy soy protein tanpa kolestrol ni untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

0 kolestrol
Sugar (gula) tu dari buahan. Bukannya gula putih tu.
0 trans fat
Ada iron dan calcium
1 hidangan 14gram protin.
1 tong ni dihasilkan dari 30kg kacang soya. Sehari kita minum dalam jumlah 500gram soya. Tapi hanya 3 sudu dengan mudah.
FUNGSI ESP SHAKLEE
Lengkapkan asid amino penting untuk harian kita.
– Kenapa penting sangat ke asid amino tu?
Memang sangat penting kawan. Sebab asid amino ni macam kita perlu duit seharian kta. Tak cukup duit, kita akan mula sasau resah. Macam tulah badan kita ni. Perlukan asid amino.
– Kalau badan tak cukup protin dan asid amino, semua perkara kerja dia tu, akan terjejas. Kita lah yang akan susah nanti.
– Sehari kita perlukan 50-60gram protin. Dan protin ni ada dalam bentuk “daging, produk tenusu dan kekacang (sumber tumbuhan)
– Tapi, dalam kita memenuhi protin harian, kita juga kena berjaga dengan “kolestrol dan jumlah lemak seharian kita”.
– Seekor ikan sederhana saiz, ada dalam 15gram protin pada ikan tu, tapi ia bergantung pada cara masak. Sebab dengan ikan, dia datang juga kalori.
Contohnya:
Seekor ikan kembung 100gram, yang digoreng, ada dalam 10-15gram protin (mungkin lagi rendah sebab cara masak dan penggunaan minyak) , dan ada 111 kalori untuk ikan goreng.
– Kalori mesti dibakar. Jika tidak, dia akan jadi lemak yang menyelubungi jantung dan organ penting dalam badan. Nak membakar 111 kalori, kita perlu:

– Tengok, Betapa seekor ikan tu beri impak besar pada masa dan hidup kita. Itu baru ikan. Belum masuk daging.
– Jadi, kita kurangkan penuhkan protin harian kita dengan ESP sebab ESP ni 0 kalori. Tiada lemak yang perlu dibakar selepas kita minum ESP. Makan lah makanan sebenar pada kuantiti terkawal yang kita boleh bakar balik kalorinya.
Kawal gula dalam darah
ESP ni dia memang bagus untuk pesakit kencing manis juga minum. Dia bukan merawat kencing manis, tapi dia boleh membantu pesakit kencing manis mengawal gula dalam darah.
Darah kita akan bercampur dgn gula setiap hari kita. Sebab makanan yg kita makan akan ditukar kepada gula dalam darah. Macam ni:

Jadi, bila kita makan, kita iena sedar yang dalam badan kita, gula sedang bermain main dalam darah. Lagi banyak makanan manis, lagi tinggi gula dirembes.
Jadi, sebab tulah, datangnya ilmu glisemik indeks. Benda ni ramai yang kurang faham. So saya cerita cara kampung ya.
Glisemik indeks ni sebenarnya kadar pertukaran makanan kepada gula dalam darah. Lagi rendah glisemik tu, lagi perlahan lah pertukaran gula ke dalam darah.
Bila lambat, maka, gula dalam darah akan lebih stabil dan terkawal. Kurangnya bilangan gula boleh kontrol dari sel darah berlanggar dengan gula. Kebanyakan pesakit kencing manis, kuantiti gula dalam darah sangat tinggi. Dia boleh menyebabkan perlanggaran sel darah dan sel darah boleh pecah dan melekat lekat. Itu boleh mengakibatkan penggumpalan dan jadi strok sebab jem laluan darah.
ESP ni, glisemik indeks dia rendah. Hanya 39 bacaannya. Dan sangat bagus untuk kawal gula dalam darah. Bukan pesakit kencing manis saja kena kontrol gula, kita yang masih sihat ni juga sangat penting jaga, supaya tak terkena sakit kencing manis.